Nama dan wajah mu masih bertakhta di dalam hati
dan tak akan terhapus
selamanya
Dalam tumpuan impian, khayalan dan angan,
menjadi dinding sebuah harapan, walau ku tau itu
amatlah menyakitkan
Dalam putaran waktu yang ku tempuh, dalam
jambangan masa yang ku cerna, cintaku kan selalu
berlabuh, walau jiwa terasa merana,,
Titikan air mata kerana rindu, menghiasi hari dan
malam sepi ku, masih kudekap erat di dalam
kalbu ku, sepercik harapan darimu,
duhai sayang aku kan selalu menunggumu hingga ke akhir hayatku
#theoneandonly-juma
No comments:
Post a Comment